The Journey ~ Pesanan Buat Abang.




Kenapa ye Abang, 
Tatkala semua orang di dunia ini tak fahamkan abang, 
Tatkala semua orang di dunia ini ketawakan abang, 
Hanya Ummi yang faham perasaan Abang 
Hanya Ummi yang faham tingkah laku mu yang sangat berbeza dari kanak-kanak seusia dengan mu.

Kenapa ye Abang,
Orang yang kita mengharapakan faham akan nya dirimu, 
Orang yang sepatutnya memberimu dorongan demi dorongan, 
seringkali, memberi mu kemarahannya, dan 
sering kali, dia putus asa, tanpa mencuba.....

Kenapa ye Abang 
Dunia ini penuh dengan jakaan (expectations), 
Jakaan yang tinggi untuk kanak kanak juga, 
Tidak boleh silap dan senentiasa harus sempurna,

Jangan takut anakku, 
Ummi akan selalu berada disisimu, 
Selagi masih bernyawa, akan ku selalu mendorongmu
Buat lah yang terbaik demi masa depan mu

Kalau suatu hari, Ummi sudah tiada, 
maka letaklah segala harapanmu kepada yang Esa (ALLAH)
Janganlah engkau meletakan sandaranmu pada manusia, 
Kerana manusia, sering kalinya akan mengampakan kita.....


Teruslah mencuba anakku,
Beranikan dirimu untuk keluar dari kotak mu itu,
Takpe kalau usahamu itu gagal dan menghampakanmu,
Ummi Yakin, suatu hari, kejayaan lah mencari mu.

Kerana ALLAH tidak akan menghampakan hambanya yang berusaha,
Tidak kali usahamu akan disia-siakan olehNYA, 
Mendung tidak bererti akan hujan sayang, 
Kekurangan upayamu sekarang juga tak bererti, hidupmu akan gagal Abang.

Jadilah manusia yang beriman dan soleh,
Cubalah untuk berbuat baik seberapa boleh, 
Ambil lah langkah untuk berubah,
Ummi senentiasa akan berdoa, Insya'ALLAH.  






Comments

lin said…
Hi Ummi,

These words just made me teared in office.
I hope and pray that your journey with your son gets easier. Hugs hugs hugs.